Followers

14 May 2011

Egg Tofu With Cauliflower


Seharian tak boleh nak sign in blogger neh...ntah apa masalahnya malas nak ambek tau...hehehe...neh ialah lunch pagi tadi...ehh pagi tadi apa..pagi semalam la kan (Jumaat)...tak pe la..nak letak jugak dalam blog. Anak-anak kurang sket egg tofu neh...tapi kalau saya buat gini memang licin..sebab taruk cili padi yang dihiris...pedas2 gitu depa suka and at the same time neh dikira menu sayur la...

Ini resepi simple saya

Bahan-bahan:-
2 egg tofu> potong la ikut suka..saya potong memanjang dan belah 2, salut dengan tepung jagung dan digoreng kekuningan
bunga kobis> potong florets
10 ekor udang > buang kulit dan cuci bersih
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
cili padi dihiris> ikut suka nak letak banyak mana..saya letak banyak
2sdb sos tiram
1/2 cwn air
minyak untuk menumis
sedikit garam

Cara-cara:-
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan bunga kubis dan air, masak sebentar
3. Masukkan sos tiram, garam, udang dan tofu
4. Biar kuah sedikit pekat. 
5. Tutup api dan tabur cili padi yang telah dihiris. Hidang dengan nasi panas

No comments: