Followers

06 May 2011

Tang Zhong Meat Bun

Bun neh saya buat tengah malam tadi...siap pun dekat pukul 1. Anak saya minta nak bekal roti pulak. Sebelum tuh nak roti sosej malangnya stok sosej tiada.. so saya ingat dia kensel la nk bawa  bekal..sekali dekat nak tido dia tanya siap dah ke roti...alahai...saya pun buat la roti inti daging neh..actually daging neh saya nak buat topping pizza untuk weekend...siap seasoned masak semua dah...saya memang selalu prepared topping pizza then boh je lam freezer, nanti nak makan pizza terus je adun base dan letak inti (nak kerja cepat semua kan...)

Anak saya bawak 4 bun (mesti nak jamu kengkawan la tuh) dan selebihnya adalah breakfast kitaorang pagi neh laa...

Kali neh saya guna resepi Tang Zhong Pandan Bun, but of course la saya omit the pandan emulco and the santan. Walaupun sebelum neh  pun memang buat bun guna tang zhong@water roux tapi resepi yang neh belum pernah cuba lagi..Bun lembut dan memuaskan hati. The recipe is from Hana...tq Hana..saya kopipes sahaja.

Bahan-bahan:-
  • 200g tepung roti
  • 50g gula >saya letak 30gm sahaja
  • 2g garam
  • 1 sk bread improver > saya tak letak
  • 4g yis kering
  • 1 biji kuning telur @ 1/2 biji telur
  • 50ml fresh milk ( campur ngan santan pekat sedikit)> saya letak air
  • 50g water roux@tanzhong> saya letak 80gm
  • 30g butter
  • pandan emulco>tak letak
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan pilih menu Dough dan ONkan. Tunggu sehingga siap. Jika menggunakan kaedah uli tangan, uli sehingga menjadi doh yg elastik.
  • Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Uli sekejap.
  • Bahagikan doh bolat2 yg kecil. Susun ke dalam loyang. Tunggu hingga doh naik sekali ganda lagik.
  • Panaskan oven. Bakar suhu 175 selama 23min atau hingga keperangan.

4 comments:

Love2cook Malaysia said...

Looks so yummy...mouthwatering here! ;)

ady said...

as-salam
woww! roti ni nampak cantik dan gebusss..mesti sedap ada daging kan..

fynn said...

tq love...yaa it's really delish

fynn said...

as-salam ady...memang gebu pun...hahaha...kena ada inti baru jalan...