Followers

04 May 2011

Ikan Goreng Sambal Tempoyak


Menu hari neh adalah hasil membelek blog Pn Ummi Zaihadi...kat sana banyak resepi yang berasaskan ikan...so tak perlu nak susah2 google..klik je blog beliau dan kutip la apa resepi yang kita nak cuba

Boleh tahan sedapnya...harum bau cili dan tempoyak tuh...cili padi tuh saya letak dalam 15biji..sebab stok ada sebanyak itu sahaja...kemudian saya tambah dengan 4 biji cili besar...yang lain sama sahaja...tak ada ubah apa2 dah...sedap dan secukup rasa..

Resepi asal dari CMG..dan saya CnP dari blog Kak Ummi. Thanks to both of them for sharing the recipe.

Bahan-bahan:-



·                     3 ekor ikan kembong hijau 
·                     1 helai daun kunyit, hiris halus
·                     2 batang serai, hiris serong, kasar
·                     5 biji bawang merah*
·                     1 biji kecil bawang besar*
·                     2 ulas bawang putih*
·                     1 inci kunyit hidup*
·                     25 biji cili padi siam merah*
·                     1 camca besar penuh tempoyak
·                     3 keping asam gelugor
·                     Garam dan gula secukup rasa
·                     1 cawan air



Cara Membuat:-

1.Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum,.
4.    Masukkan tempoyak, kacau dan tuang air.
5.  Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
6. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

No comments: