Followers

17 May 2011

Siakap Sweet Sour


Siakap neh paling biasa saya steam...tapi hari neh nak buat sweet sour..lama dah tak buat sweet sour guna siakap...ikan neh punya la panjang... terpaksa saya potong dua sebelum menggoreng..dah tak cantik..kalau letak seekor dalam pinggan mesti lawa je kan...tak per la..dan saya pun buat sweet sour neh bahagian kepala tuh sahaja..ekornya simpan dulu...banyak sangat kalau nak buat semua..

Seperti biasa yang selalu saya buat...ikan selepas dicuci saya tabur sedikit garam dan salut dengan  tepung jagung ..saya suka buat gini sebab ikan tuh nampak crispy jer dan ikan tuh tak akan soggy bila terendam dalam kuah sosnya...

Ok la..jom tengok resepi


Bahan-bahan:-
1 ekor siakap sederhana besar> dicuci dan kelar
tepung jagung utk salut ikan
*5tangkai cili kering
*1inci halia
*2biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
1sdb sos tiram
2sdb sos masam manis
1sdb sos tomato
1sdb sos cili
1cwn air
1sdb cuka
garam
1sdb gula
1/2 tin nanas dadu dalam tin (tapis air, ambil nanas sahaja)
1/2 batang timun> dipotong dadu
1 biji tomato > dipotong dadu 
1 biji bawang besar> dipotong dadu
1 biji cili merah> dihiris
daun sup dan daun bawang > dihiris 
minyak untuk menggoreng ikan
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1. Goreng ikan sampai garing. Ketepikan
2. Kisar bahan bertanda * hingga halus.
3. Panaskan 1 senduk minyak (baki minyak menggoreng ikan tadi) dan tumis bahan kisar sehingga garing dan berbau wangi.
4. Masukkan kesemua sos dan air. Masak sehingga mendidih. Masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebentar
5. Masukkan ikan dan didihkan sekali lagi.
6. Akhir sekali masukkan nanas, timun, tomato dan bawang yang didadu tadi. Masak sebentar dan tutup api. 
7. Letakkan ikan dalam pinggan dan tabur dengan cili merah dan daun sup/bawang.

3 comments:

Yana Shaiful said...

Salam kenal...
feveret jugak sweet sour..slalu buat :)

tun_telani said...

kak qis.. tun dh lama x makan sweet sour.. nmpk sedap je..

Ayu said...

Assalam mak qis,
banyak menu yang terlepas ni..
kita kena gostan balik tengok dari mana kita last tengok..heheh..
cupcake kat bawah ni cantiknya dan cute frostingnya ..sedap pun ya nampaknya tu..