Dah lama budak2 neh minta nak makan ketam...tapi manjang je tak de. di Tesco adalah...tapi tengok rupa ketam pun tak menyelerakan..pergi pasar beberapa minggu lepas pun sama...ketam tuh macam dah 2 minggu tak laku dok selambak kat situ...
So hari Selasa ternampak la ketam kat Pasar Malam berdekatan dengan rumah...beli la juga bila Qis dok sebuk nak makan...tapi nasib baek la rupa ketam2 neh agak menarik la jugak...
Seperti biasa buat masak lemak cili padi...cuma tak letak nanas...biasa memang bubuh nanas tapi neh kes terlupa nak beli...so just taruk daun kunyit saja laa...
Bahan-bahan:-
4 ekor ketam> potong dan cuci bersih
*12biji cili padi
*1 inci kunyit hidup
* 3 ulas bawang merah
2 helai daun kunyit di carik2
300ml pati santan (saya guna santan kotak)
100ml air
2 asam keping
1 batang serai> dititik
garam, gula, serbuk perasa (optional)
1. kisar semua bahan bertanda*
2. masukkan ketam, serai, bahan kisar, asam keping, air dan 200ml santan.masak hingga mendidih
3.masukkan santan selebihnya, daun kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. didihkan sekali lagi.biar kuah hampir pekat. tutup api.
No comments:
Post a Comment