Pagi neh bangun tengok tak ada air la pulak...Dah la tak ada bagi notis apa pun...masa cuti neh la nak kemas rumah dan cuci apa yang patut...geram betol..cerr la bagi notis boleh la malam tadi buat apa yang patut..
So pagi neh brunch la jawabnya. Tak kuasa nak masak 2,3 kali dengan tak ada air neh...masa tengah masak tadi keluar la jugak sikit...sikittttt sangat...halus giler...tapi gigih la jugak cuci pinggan mangkuk dan bekas2 memasak tadi tuh
Breakfast dan lunch hari neh ialah nasi lemak. Saya doublekan semua...yerla dah kata lunch pun sekali la..Neh saya bagi resepi sambal jer la...
Bahan-bahan:-
1kg udang atau sotong > saya buat 1/2 kg sotong dan 1/2 kg udang
*35tangkai cili kering
*2biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci belacan
2sdb gula
1sdt asam jawa (saya guna cap adabi tuh)
garam
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis
1. Kisar semua bahan bertanda*
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
3. Masukkan udang atau sotong.
4.Masukkan garam, gula, asam dan serbuk perasa. Kalau pekat tambah la sket air
5.Masak hingga agak pekat dan boleh la ditutup api.
No comments:
Post a Comment