Followers

30 May 2011

Bihun Sup Tulang dan Daging

Berejam giler tunggu tulang dan daging empok...tak reti la guna orang punya pressure cooker...hehehe...last2 rebus je atas dapur gas..ambek ko..kul 3 baru leh makan..naseb baek la pagi tadi (idak le pagi bebeno pun) depa dah makan nasi goreng...so tahan la jugak perut tuh...ehh tahan ke? awat nampak jap2 bukak fridge angkut coklat..angkut fruits..angkut nuts...hahaha..lapaq kann..

Bihun sup saya neh tak ada sayur mayur...kalau ada pun, adults je la yang makan...budak2 bolayan...so saya cuma letak daun sup dan daun bawang..taugeh tuh untuk saya..tapi taugeh dah layu and buruk laa...pilih2 jugak tadi..banyak yang dibuang...

Pastu saya buat sambal dia..yang tak leh makan pedas, tak payah bubuh la..yang nak pedas...haa...bubuh banyak2...

Resepi senang saja...

Bahan-bahan:-

2 keping bihun dan rendam dan dicelur 
300gm daging}
2 keping tulang rusuk}direbus sehingga empuk
*1inci halia
*2sdb serbuk sup
*2sdb serbuk kurma
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*2biji buah keras
1kulit kayu manis
2 buah pelaga
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
2liter air (campur air rebusan daging/tulang)
garam dan serbuk perasa secukupnya
daun sup/ daun bawang> dipotong satu inci dan separuh lagi dihiris
bawang goreng > saya terlupa nak letak
lobak asin> potong kecik2
minyak untuk menumis

Cara_cara:-
kisar bahan bertanda*
panaskan sedikit minyak didalam kuali
tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan  cengkih, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai wangi
masukkan air, stok daging, daging dan tulang
Didihkan kemudian masukkan garam dan serbuk perasa (opitional)
masukkan daun sup/ bawang yang dipotong satu inci. tabur bawang goreng dan tutup api.
hidangkan bihun sup dengan sambal dan lobak asin yang dipotong halus

Sambal:
*10tangkai cili kering > digunting dan rendam 
*1inci belacan
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2sdb udang kering> rendam sebentar
minyak untuk menumis
air asam jawa
gula
garam (kalau tak cukup masin)
serbuk perasa (optional)

Cara-cara:-
Kisar semua bahan bertanda *
panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai garing. masukkan air asam jawa, gula dan serbuk perasa dan garam
biar sehingga pecah minyak dan tutup api.

*saya tak letak garam sebab belacan dan udang kering dah masin.

4 comments:

YANA SHAIFUL said...

salam..bestnyaa bihun sup..feveret nii.. ada lg x hehee

Ayu said...

Assalam mak qis, wah ini bihun sup utara kah?..mesti sedap dihirup kuahnya ya mak qis..ada sambal cili mesti rasa nya different from the normal mee sup kalau kat sini normally cilinya macam cili kicap yg dimakan dgn kuah soto tu..hehe

Mak Qis said...

dah abes la yana..hehehe....

Mak Qis said...

ayu..yes bihun sup utara neh...ada i ubah sikit...bihun tuh x kuning sangat...mmg biasa i mkn ngan sambal kicap...but nk buat ala2 bihun sup utara tuh kan..so makan sambal cili merah la