Yang neh pun mungkin saya orang yang terakhir mencubanya...semalam BW tengok ramai sungguh yang telah mencubanya...saya memang suka kek yang berasaskan oren atau lemon. Kenkadang tuh chocolate ganache, buttercream dan cream cheese frosting pun saya campur orange juice..suka rasa tangy sket campur dengan sweetness of the frosting..tetibe rasa macam nak gi frost this cake la plak...hehehe...
Tak salah saya resepi dari Kak Fida MYR... entah siapa antara blogger yang mencuba dahulu pun saya tak perasan..tau tau dah berantai dari blog ke blog..saya pun tak boleh nak tahan gelora untuk mencuba.
Ok..resepi CnP dari blog Hana.. thank you to both Kak Fida and Hana
Bahan-bahan:-
·1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit< saya pun lakukan yg sama
·1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa< saya letak 1cwn minyak
·2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je< saya letak 1cwn
·3 biji telur
· 2 cawan tepung gandum*
· 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara:-
·Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
·Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
· Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
· Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
· Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment