Followers

20 May 2011

Inche Kabin: Ayam Goreng Kari


Semalam semasa melawat blog ayu..ternampak resepi neh...teringin la nak membuat juga kan...tapi kenapa ayam ayu lawa..saya punya tak lawa..kahkahkah...jauh beno beza  rupanya...naseb baek la rasa tuh sedap...sejuk la juga hati neh kan...

Dan tuh punya nak feeling lawa juga..gagah la bubuh daun kari macam ayu....hahaha...menci betul tengok kaler inche kabin neh...tak terserlah langsung...tuh petanda kena buat lagi laa..

Terimakaseh la pada Ayu yang menayang di blog beliau yang membuatkan saya teringin nak mencuba...juga terimakaseh kepada CMG empunya resepi..

Bahan-Bahannya :-

4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali> saya campur semua bahagian

1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)

1.                  Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus limau selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
2.            Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
3.            Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
4.            Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.

Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana untuk kali ini.

> saya goreng macam biasa je...

1 comment:

Ayu said...

kalau weekend tak bw atau update blog confirm mesti tertinggal banyak menu kat rumah teman2..scrol punya scroll... kita terlepas ni rupanya..heheh..thanks sudi cuba ya..mak qis..