Neh menu lunch tadi (termasuk la dinner) tapi siang tadi saya tak sempat nak letak dalam blog...malas nak mengedit pics pun yer jugak...bila memalam gini la baru rasa lapang nak update blog...
Kari ayam neh saya letak kerisek juga, saja saya gantikan dengan yogurt...nak kurangkan masakan bersantan (esok guna santan plak...hehehe). Tumis darat neh saya ikut stail mak yang suka sangat buat gulai (sebelah utara sebut kari neh gulai) dengan tumis darat..tapi biasanya dia buat gulai ayam atau daging atau tulang dengan nangka muda memang la dia tumis darat. Dah saya tak de nangka muda...saya guna kentang saja la...lepas tuh saya tabur2 cili padi hijau dan merah...sebab malas nak buat sambal belacan..so nanti depa makan patah2 kan je la cili tuh dalam nasi. Lepas tuh saya rebus telur masin...hari neh tak de sayur mayur la...
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam> potong dan cuci bersih
*1bungkus serbuk kari cap adabi
*1 biji bawang besar
* 3ulas bwg putih
*1 inci halia
*3 tangkai cili kering
1biji ubi kentang > dipotong
3sdb yogurt
21/2 cwn air
1sdt asam jawa adabi
1sdb kerisek
1sdb kerisek
4 ulas bawang merah > dihiris
2 ulas bawang putih > hiris
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
garam
gula
minyak untuk menumis
Cara-cara:-
1. Kisar bahan bertanda *
2. Masukkan bahan kisar, ayam, kentang dan 2 cwn air ke dalam periuk. Masak sehingga ubi dan ayam empuk.
4. Masukkan yogurt, kerisek,1/2 cwn air , garam, gula dan asam jawa. Perlahankan api. Biar mendidih
3. Sementara itu, panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun kari hingga kekuningan. Tutup api dan tuangkan semua kedalam kari tadi. Kacau sebentar dan padamkan api. Tutup periuk gulai dengan tudung periuk supaya aroma tumisan tadi tidak keluar.
*kalau pekat boleh tambah air.
No comments:
Post a Comment