Followers

31 May 2011

Puding Krim Karamel


Ini kali kedua saya buat puding karamel untuk tahun neh...hahaha...walaupun permintaan adalah tinggi tapi saya macam malas nak buat je...pesal entah..padahal kalau buat tuh sekelip mata je habis...

Kali neh buat sebab my niece Ilham tuh dok sebuk mintak since the day i came here...dia neh memang suka makan puding2 la rasanya...hari tuh dia mintak puding peach...so tadi lepas lunch, punya la tak menyempat2 nak makan puding..nasib baek la saya dah buat pagi tadi...so kira dessert la tuh..banyak betul dia makan...

Petang neh saya dok fikir-fikir pula nak buat apa...hahaha...bibik pun tak macam saya punya tak benti dok masak...luckily saya just prepared the menu and the washing semua bibik buat..kalau tak boleh pengsan sebab penat layan naga2 neh semua nak makan macam2 (including my children la kan)

I took the recipe from alia@myrecipe...sedappp...walaupun rupanya tidak indah...tetap la licin selicin2nya...aduiiii tengah menaip neh pun rasa macam nak pergi makan lagi...


Bahan-bahan:-
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanilla
Karamel:-
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. 

8 comments:

mala said...

ni fav. dari abah ke mama ke anak2

♥LOVE2COOK♥ said...

I love puddings...been quite some time since I had them! This looks so rich and creamy! ;)

Kak Rosaliza said...

assalam mak qis...mmg berkrimm nampak puding ni...sedapnya

Mak Qis said...

mala...rasanya neh mmg semua orang suka kan...

Mak Qis said...

love..

me too...the recipe is not too sweet, that's why i like it

Mak Qis said...

kak liza...rupa berkrim..rasa pun berkrim jugak..pastu penuh krim2 dalam badan neh haa..hehehe

Mehjabeen Arif said...

This looks too good.. Love it

New to ur space and so Happy to follow u :)

Do visit me as time permits
http://comeletseat.blogspot.com

Mak Qis said...

Mehjabeen..tq for visiting..u have a nice too...