Followers

22 May 2011

Nasi Mandhi Kurma Ayam dan Telur


Neh lauk dinner malam neh...memang siang tadi tak de masak nasi pun..belasah la mee sanggul tuh sampai ke tengahari hehehe....pastu selang2 makan scones...hooo banyak kain baju nak berlipat neh haaa....pas maghrib tadi baru masak neh...makan dengan nasi mandhi...tengok sana sini semua pakat dah buat...saya juga la yang ketinggalan...

Ayam tuh sebenarnya nak buat masak merah...siap dah goreng siang tadi pastu letak dalam fridge...sekali tadi boleh plak tukar fikiran nak buat masak kurma...so buat je la guna ayam yang dah siap goreng tuh...kita yang nak makan..bukan nak jamu Menteri...hehehe...yang daughter tuh nak kurma telur...so rebus telur campur sekali...fav dia kurma telur tuh....

Bahan:-bahan:-
1/2 ekor ayam > potong la ikut suka, cuci bersih
*1 bungkus rempah kurma Adabi
*2biji bawang besar
*3 ulas bwg putih
*1inci halia
*1/2 cwn gajus
1/2 cwn santan pekat
2cwn air
2 biji bawang besar > belah 4
1 bji kentang > dipotong (saya tak letak pun)
3 biji bawang merah> hiris
2 ulas bwg putih> hiris
2 cili hijau> belah tengah (saya letak cili padi)
2 cili merah > belah tengah
2 helai daun kari
1kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 bunga cengkih
minyak untuk menumis
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Cara-cara:-
Kisar semua bahan bertanda*
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris bersama daun kari dan rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga).
Bila kekuningan masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, air dan santan. Kemudian masukkan kentang. Biar mendidih.
Masukkan bawang besar yang dipotong 4,cili hijau dan cili merah. Masak sebentar dan tutup api.
Akhir sekali tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Nasi mandhi saya neh tak cukup kuning dia...macam pucat je...hahaha...tak pe...sedap sakan depa makan..saya tak letak kismis sebab budak2 neh semua suka buang benda2 alah tuh kalau boh...so tak payah bubuh.

Resepi nasi mandhi neh CnP dari blog kak ummi zaihadi. Tq

Bahan-bahan:-

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis> saya tak letak
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. 
* saya tak buat step ke 4 tuh

2 comments:

Naz said...

Ish..ish..ish...menggoda sungguh set nasi tu.. Boleh rasa sikit tak?heheheee

Mak Qis said...

abeh lama dah naz...hehehe..nnt akak buat lain akak bg yer...