Followers

03 November 2011

Nasi Arab dan Ayam Bumbu Bali


Semalam dah ke Bombay...hari neh kita pergi Arab plak...pastu on the way nak balik singgah la ke Bali sekejap hehehe....Anak2 nak makan nasi berperisa lagi...mak nyer jenuh google blog kengkawan nak cari resepi...jumpa la Nasi Arab kat blog Tun Telani....pastu ternampak kat blog Nor SecubitGaram pun ada gak nasi neh...

Bila selongkar dapor tengok adalah semua bahan tuh...maka proceed la buat Nasi Arab neh...tak susah pun..lebih kurang je macam Nasi Jintan semalam...sebab letak jintan jugak...tapi memang sedap la.. rakyat dalam rumah neh pakat menambah sakan la plak tapi segala kacang peas dan kismis tuh tak leh letak...nnt saya yang terpaksa kutip makan semuanya plak...untuk lauk nya saya buat masak Ayam Bumbu Bali...jumpa kat rumah Nor SecubitGaram tadi....

Saya ambil resepi Nasi Arab dari Tun Telani...manakala Ayam Bumbu Bali dari Nor SecubitGaram....terimakaseh yer...saya kongsi di sini pula...


Bahan-bahan:-
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan

1.5 liter air ~ tun guna air rebusan daging > saya guna air biasa
500 gm ayam -potong kecil dan bersihkan
1 tin kecil kacang peas < tak letak
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup]
1 pokok daun ketumbar > tak letak
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Ayam Bumbu Bali

olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR



Bahan:

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair < saya letak yogurt
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara-cara:-
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


5 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak,nmpak sedap gandingan nasi arab n ayam bumbu tuh..Amboi smp ke bali akak g eks..Sy xpernah lagi msk bumbu bali nih,nanti2 leh la try juga..

rahel said...

Waw...sedapnye menu dia hari ni...nak tumpang sekaki..boleh?

mala said...

makan sedap hari-hari! bestnya ...

Ayu said...

Assalam mak qis,
sedap nampak gandingan nasi arab & ayam bummbu bali ni..anak2 kita suka nasi2 yang berperisa gini..itulah cuma hubby aje yang tak minat sangat..sebab tu kalau kita masak nasi berperisa, bila hubby tak makan kat rumah..heheh..

nuwairani ismail said...

seumur hidup, tak pernah masak nasik tumis ni...tapi suke makan...