Followers

02 November 2011

Kuih Lapis Kacang Merah


Masih lagi dalam mood membuat kekueh tradisional..kali neh kuih lapis kacang merah...dah lama jumpa kat blog  Ayucurlybabes..pastu tengok kat blog Yatt, Izah dan Annawahid pun ada..comel2 belaka hasil tangan depa...saya buat kuih neh sebelum tido malam tadi..kalau nak buat pagi neh konfem kang nak bawak gi kerja...tak keras lagi dan susah nak potong...
Layer tengah kaler merah tuh tak berapa nak kelihatan..neh kalau pakai kamera canggih nampak la jelas sikit kan..udah pakai pun kamera fon cap ayam...gini je la rupanya..hehehe...saya malas betol nak guna kamera..dok simpan elok je lam lemari...hahaha...tak pa..nnt kita kasi keluar..walaupun kamera biasa je tapi elok la sikit dr hat yang henfon neh....

Resepi saya kutip dari AyuCurlybabes...yang font biru tuh modification dr saya yer..yang gula tuh Ayu kurangkan jadi 1/2 cwn...saya guna 3/4 cwn jugak..saya rasa ok dh gula tuh tak manis sgt...tapi tengok la korang punya readbean paste tuh..kalau manis sgt bleh kurangkan gula...

Bahan-bahan:-

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

200ml santan 
sedikit garam
3/4 cawan gula< saya guna 3/4 cwn gula jugak
400 gram pes kacang merah < saya letak 450gm sbb mmg ada byk tuh so guna kesemua
pewarna merah dan kuning star brand > saya tak letak warna kuning, biar plain
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Cara-cara:-

Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air. 
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut. 
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. 
Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit. 
Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

4 comments:

zarin said...

menarik jugak nih! kacang merah masih ada lg tp ishh saya ni penakut betul nak mencuba resepi kuih traditional ni..takut tk menjadi and takut saya tk pandai makan ehehe

nuwairani ismail said...

cantek la pulak....hmmm...tahun depan la baru try buat ni...pasalnye tanak beli dah stok bahan makanan. sekarang nak perabih mana yg ada je...

tun_telani said...

bila tgk org buat kuih lapis, rasa mcm nk melapis jugak.. tp x confident nak buat. malas pun satu hal jugak. huhu.. nk tumpang mkn je blh x? hehe

Ayu said...

kuih lapis kacang merah ni pun sedap..my mum suka sangat kuih ni..
yes sukatan gulanya tu depends on the red bean paste yang digunakan kalau dah manis adjustlah ikut selera masing2..thanks juga sudi cuba ya mak qis..