Followers

04 November 2011

Puding Choc Oreo


Bila cuti gini...anak2 semua balik...mak pun makin sibuk di dapur...dok fikir juadah apa la yang nak dihidangkan buat keluarga....semalam saya test buat puding choc oreo...risau takot jadi macam CMG punya puding hehehe....oreo bercampur dengan agar2...tak terpisah...mujur la jadi jugak..jenuh juga la katam kat blog yatt dan ita masam manis...saya tak campur serbuk koko..biar bahagian agar2 tuh plain...

Tapi saya buat 2 adunan...utk bawa ke tempat kerja (ada potluck...tetiap hari pun potluck...tapi hari neh special sikit)...saya letak serbuk koko....tatau la bagaimana hasilnya sebab belum dipotong..saya just letak dalam bekas besar...sampai nanti la saya potong...

Resepi ambil kat blog Yatt...TQ to empunya resepi Ros...dan juga Ita kerana bagi idea supaya oreo tidak bercampur dengan agar2...

By : Ros

Source: Azlita

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)

6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)

2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:-

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

cara ita
Setelah agar2 dan gula larut, ita masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, ita letak dalam acuan.
Kemudian ita tuangkan agar dalam acuan yang dah ada oreo tadi.




2 comments:

Yat Maria said...

Salam MQ

lagi senang wat cara ni kan..kalo campurkan confirm jenuh sampai bulan depan pon tu choc tak mo turun2 :)

jadi lawo arr :)

nuwairani ismail said...

suke segala jenis puding...tapi nak buatnya tu punyalah tak sabar2...