Followers

01 November 2011

Serimuka Durian Adiwarna


Semalam terpandang la kueh serimuka labu adiwarna Chah buat...memang berseri2 sangat serimuka Chah tuh..geram la tengok yang kalerful2 gitu...mula la teringin sangat nak buat...tapi tak de labu la plak...fikir punya fikir...buat la serimuka durian adiwarna giteww...serimuka durian neh pun masuk dalam list yang bakal dicuba...tapi giliran dia tak sampai lagi...jadinya saya combine kan la bahagian pulut adiwarna Chah tuh dengan kepala durian...tak buat la labunyaa...nanti jumpa labu...saya try la pula...

Bahagian kepala tuh pun sebenarnya ada sikit derhaka...hehehe...bukan guna durian pun...guna lempok...mak bagi lempok dah agak lama....dok keras dalam fridge tuh je selama neh...untuk bahagian kepala serimuka tuh saya guna resepi Zarin....maka jadi la Serimuka Durian Adiwarna...tq to Chah kasi this great idea adiwarna neh...cantik (tapi chah punya lagi cunnnn) dan to zarin...kepala durian tuh sangat sedap...marbelesss....hehehe...

Saya perturunkan resepi kedua-duanya disini yer...sesiapa yang nak mencuba tuh boleh laa...anda pasti tidak akan menyesal...Chah dan Zarin akak minta izin yer....

Bahan-bahan:-

Lapisan Pulut (Bawah)

2 cawan pulut putih
Santan pekat (anggaran 2 1/2 cawan * tak perlu habiskan jika pulut sudah lembut)
Sedikit garam
Secubit gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai < saya guna pink, biru dan orange

Cara-cara:

  • Basuh pulut dan rendam pulut kira-kira 1 jam.
  • Jika lebih lama direndam, pulut akan lebih cepat masak.
  • Kukus hingga masak.
  • Semasa sedang mengukus pulut, masak santan dengan garam dan secubit gula.
  • Masukkan daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Biar mendidih kecil dan tutup api.
  • Bila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus.  Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga pulut menjadi agak lembut dan santan menjadi sebati dengan pulut.
  • Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut lembut dan berkilat. Jika agak-agak masih keras, percikkan dengan sedikit santan dan kacau rata.
  • Ambil dua sudu pulut untuk setiap warna yang dikehendaki dan letakkan pewarna pilihan. Tidak perlu gaul rata.
  • Campurkan pulut yang telah diwarnakan ke dalam bahagian pulut asal (putih). Gaul sedikit saja.
  • Tekan dalam spring form hingga padat. 

    Lapisan Atas
  • 150g isi durian <saya guna 250gm lempok durian
  • 125g gula < saya letak 120gm
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat < 200ml santan pekat + 175ml air 
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:-

  • Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih (kalau masih berketul, then blend lagi skali).Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  • Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
*saya blend kesemua bahan utk lapisan atas 

5 comments:

tun_telani said...

kak Qis! semalam tun nengok pun terliur sgt... tp malas la pulak nk buat. huhu..

lempok!!!!!!!!!! sedapnyer!!! nape x makan?? kalau tun mmg kejap je habis lempok tu.. uu uuu.. nak makan lempok duyan....

Chah said...

Walla...patutla bau durian smpai ke kajang ni....wow durian is a great idea! Cun tuuuu....

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,cunlah serimuka kale male gini kak,Yg doyan lagilah best..Skng nih nmpak byk juga penjual duk jual doyan,hubby nak beli,tapi mengenangkan bini dia nih baru bek demam,terbantut jablah niat tuh,hihi..

anymz said...

cantiknya serimuka durian ni...mesti wangi je masa mengukus tu kannnnn?..
meh sini sepotong nak rasa..:))

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

mak Qis ,memang menarik tu..