Followers

29 September 2011

Lemon Peach Cheesecake


Made this last night...kebetulan ada kwn yang nak order, so buat la sekali untuk diri sendiri...suka dengan texture nya yang creamy dan halus...untuk base tuh saya campurkan biskut digestive dan biskut chocolate chips...neh kebetulan ada kat rumah yang brand Mark & Spencer pemberian adik ku di hari raya baru-baru neh...dah tak de siapa yang nak makan, kita pun buat la untuk base cheese cake..

Untuk yang bertanya resepi di FB, my cousin Zatul and my dear friend, Latifah...sila la salin yer...erkk copy paste jer la kan...cheesecake neh kecil je...guna la springform or acuan  7 inci, saya guna foil case.

Bahan-bahan:-

(base)
7 keping biskut digestive (nak campur dengan choc chips cookies pun bleh)
1-2sdb butter (cairkan)
Filling:-
250gm cream cheese
50gm gula castor
1sdb tepung jagung
1 biji telur
50gm whip cream
1sdt lemon paste
1sdt esen vanilla
canned peaches secukupnya

Cara-cara:-
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 140C
Biskut digestive dihancurkan (saya letak dalam plastik kendian gelek dgn rolling pin)
Campurkan butter cair kedalam biskut...sebatikan kemudian tekan biskut kedalam bekas springform. 
Letak kan dalam fridge selama 20-30 min.

Sementara tuh sediakan mangkuk dan putar cheese bersama  tepung jagung dan gula sehingga gula hancur. Masukkan  telur, putar sebentar. Kemudian masukkan whip cream , lemon paste dan esen vanilla. Sebatikan. Potong/dadu sebahagian peach dan masukkan kedalam adunan cheese.

Keluarkan base dari fridge, tuangkan adunan cheese keatas base. Hias dengan lebihan peaches atas cheese
Bakar selama 40 min atau sehingga masak

No comments: