Followers

06 December 2011

Kuih Talam Labu

 
Bebaru neh ada beli labu..kalau ikut perasaan semasa membeli tuh ialah nak buat apam....2 hari jugak la labu tuh dok dalam peti ais....semalam baru keluarkan....pastu saja la surf internet nak cari resepi2 labu yang lain....dahhh terjumpa resepi serimuka labu dan talam labu...hahaha...mula la hati tuh berbelah bagi kan...akhirnya capai keputusan dan buat talam labu....dalam hati dok berharap jadi la talam neh....

Saya jumpa resepi di blog mamasya...review kat situ katanya talam neh lembek sedikit tapi sedap...saya gamble je la buat jugak sebab tengok rupa pun macam dah sedappp....hahaha...terliur la tuh...resepi asal ialah dari kak Hanieliza...

Alhamdulillah kuih talam labu saya neh mencapai tahap kualiti yang saya nak....sedappp sangat..cuma rasa menyesal sebab tak lebihkan sukatan labu tuh...kalau letak 2 cwn mungkin lagi sedap...tuh pun saya dah derhaka letak 11/2 cawan...next time saya akan lebihkan labu tuh..verdictnya> perghh memang sedap, lembut dan cukup semua lemak manis nyer...tak de la lembek sgt...lembut jer....
Saya CnP resepi dari blog mamasya...tq dear..
Bahan-bahan:-

Lapisan bawah - [labu ]

1 cawan labu [di parut]< saya letak 11/2 cwn
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam< saya guna 11/2cwn santan kotak+11/2cwn air
beberapa titik pewarna oren < saya tambah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras< saya letak 1/2cwn tpg beras+1/2 cwn tpg gandum+2sdb tpg jagung
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]< saya guna 2cwn santan kotak +1cwn air
1 s/k garam sikit
pewarna hijau


Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.


3 comments:

Unknown said...

last week saye ader buat talam labu nie...walaupon atasnye x brape cantik...tp sedap dimakan ^_^

HomeKreation said...

Alamak MakQis, kalau nampak ni awal2 boleh lah Along buat. Semalam dah buat bingka labu... nanti n3 kendian.

Unknown said...

cantiknya tgk kuih talam ni...kemas jer potongan tu:)