Followers

30 July 2011

Udang Goreng Cendawan


Resepi simple je neh...tapi sedap...budak2 pun suka...kalau nak buat makan di bulan puasa pun sesuai..yerla memasing sibuk kerja...balik kerja ada beberapa jam je untuk masak...so menu macam neh cepat nak disediakan....anak2 saya panggil udang goreng kunyit...tapi saya letak la accessories lain bagi sedikit warna warni di dalam masakan...

Saya juga letak cili padi tanpa dipotong...siapa yang nak pedas...patahkan sahaja cili tuh...laju je menambah nasi di pinggan nanti...

Bahan-bahan:-
1/2 kg udang dibuang kepala dan cuci bersih, toskan
cendawan segar
tomato ceri
cili padi
1 biji bawang besar dihiris membulat atau separuh bulat
3 ulas bawang putih dihiris
1/2sdt serbuk kunyit
garam
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1.Gaulkan udang  bersama kunyit, garam dan serbuk perasa. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali
3. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan udang dan bawang besar
4. Masukkan cendawan, cili padi dan tomato ceri. Kacau sebentar dan tutup api bila udang sudah masak.


No comments: