Followers

26 January 2011

Bun Kacang Merah


Lupa pula nak ambil gambar bun yang dah dikoyakkan...supaya boleh tengok dalam dia macamana kan...sebenarnya resepi bun ni ambil dari rumah ros@jintan manis. Nama asal resepi Doh Asas Roti Manis. Tapi  saya tak buat bun kosong..budak-budak kat rumah ni kalau makan bun nak yang ada inti...so bubuh je la inti kacang merah (beli kat bakeri je pun).Resepi saya CnP dari ros.. Terimakasih ros...sedap bun ni..lembut jer...



Bahan-bahan:-
 
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk glis pada roti nanti)>saya campur sedikit susu segar
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux >saya guna water-roux

Cara-caranya ( Doh Roti)
  • Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  •  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • Bahagi doh pada 9 bahagian, bulat-bulatkan dan isikan intinya, biarkan naik dua kali ganda dan glis permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

No comments: