Followers

11 January 2011

Oat and Orang Muffins with Cream Cheese dan Raspberry Jam Filling


Panjang la plak nama muffin neh....
Oleh kerana saya selalu buat muffins..so nak reka resepi sendiri mmg tak susah la…lagipun muffin la yang paling senang nak dibuat berbanding dengan yang lain...saya suka letak mcm2 dalam muffin supaya tak bosan bila makan..hahaha…makan pn nak bosan ke…sebab tuh saya suka letak inti apa2 dalam muffin..sesiapa nk cuba dibawah neh ada resepi…



Bahan-bahan:-

200gm tepung gandum
40gm oats
100gm serbuk badam
2sdt baking powder
130gm gula castor
2 biji telur
260ml susu segar + 2sdb oren sunquick
80ml mentega cair
1sdt esen vanilla

Inti/Filling:- (di kacau sebati kecuali jem)
150gm cream cheese
½ biji telur
3sdb gula aising
Jem raspberry secukupnya

Cara:-

Panaskan oven 180C.
Satukan tepung, baking powder, badam  dan gula dalam satu bekas
Dalam mangkuk yang lain, pukul telur bersama esen vanilla dan campurkan susu. Kacau sebati.
Tuangkan cecair kedalam mangkuk bahan2 kering..kacau sekejap..tak payah nak beria sebati tuh..ada ketul2 tepung pun biar je..
Sediakan bekas muffin..sudukan adunan, letak sedikit adunan cream cheese dan satu sudu kecil jam..pastu tutup semula dgn adunan tepung..
Bakar 20min atau sehingga masak..



No comments: