Gulungan dan sapuan nutella adalah sangat tidak kemas..sepatutnya kena simpan dulu dalam fridge sejam dua selepas digulung, baru potong..tak ada la nutella tuh nak sememeh macam pic kat atas tuh kan...apa pn roll neh sangat la sedap...yerla nutella neh makan dengan roti je pun sedap dah...makan saja gitu lagiiii sedap..hehehe..
Resepi dari FP Rinnchan...tq
25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella
Cara-cara:-
Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in
Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in
(Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda. Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur2 mengikut susunan warna yang anda minati. Ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah. Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang2 nya 30minit sebelum digunakan.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic wrap. Simpan didalam peti sejuk.
Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat2.
No comments:
Post a Comment