Followers

25 January 2011

Kek Alunan Kasih



Kek ni memang sangat terkenal akhir-akhir ini...tapi aku pun baru sempat buat ni..setelah mengintai di blog dayangjack..idea warna kek ini pun tiru dayang jack..selain dari dirumah ada stok warna ini je pun...rasa kek ni macam kek butter..cuma rupanya la yang jelita sikit dari kek butter sebab ada warna-warni tu...CnP dari blog dayangjack

>Sumber asal: Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi}<

Bahan-bahan:-
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau >guna 250gm butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus > guna 11/2 cwn sahaja
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair> guna ¾ cwn
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Serbuk koko (secukupnya)
  • Pewarna
    *sediakan tapis teh yg halus..untuk ayak serbuk koko.
Cara2:
  • Pukul butter/planta dan gula smpai kembang...
  • Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi sampai kembang
  • Masukkan esen vanilla, susu cair dan gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bahagian pwrna hijau…
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung. Masukkan adunan pink..ratakan dalam loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Kemudian masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jangan smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Macam tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

No comments: