Followers

28 January 2012

Apam Labu


Godaan dari blog Chah..yang memang suka menggoda dengan gambar2 yang menggiurkan...ooo apam labu sangat sedap...walaupun tanpa kelapa parut...saya tak sempat nak memarut kelapa...hahaha...Labu pula adalah pemberian sahabat di tempat keja...Cik Fas...tq fas..dari satu biji labu tuh sempat la buat sayur lemak labu..pumpkin cinnamon bread (dedua neh tak sempat nak letak dalam blog pun) dan cuma sempat letak apam neh...ehh ada sikit lagi labu yang telah direbus dalam freezer tuh...ooo mungkin esok boleh buat muffins..

Apam labu neh saya bawa ke piknik bersama dengan ex school mates...bergembira di tepian tasik setelah ada yang hampir 28thn tidak bertemu..

Resepi dari Ummi Zaihadi..tapi saya ambil kat rumah Chah...tq to both of them...


Bahan A

3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs air suam

Bahan B
240g labu (rebus, lenyek dan ditimbang)
150g gula pasir
150ml santan 
1 biji telur
*pewarna kuning (saya tambah)

Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder



Cara-cara:
  • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
  • Campur Bahan B dan kisar halus. 
  • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
  • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
  • Peram kira-kira satu jam sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Kukus hingga masak. (saya kukus 20min)

2 comments:

Chah said...

Hihihi...sapa2 kalu tayang apam labu ni mmg mengguda.... Nx? Mapin labu yg hampir terkeluar senarai tu plak ye...:)

Mak Qis said...

chah...akak nk kena buat lagi apam neh...sbb kali neh nk makan ngan kelapa parut plak...belum sempat memapin lagi neh