Serimuka neh saya buat dalam minggu lepas laa...rabu ke khamis entah..ishhh sekarang memang sebuk sejak waktu bekerja dah tukar...ada sikit malas disitu...erkk sikit ke...hahaha...malas banyak nak update sbnrnya...ishhh teruk laaa....
~letak dalam bekas bawak gi kerja~ |
Resepi neh ambek dari blog Rima...tq...sedap sungguh...tuh ada lagi isi durian yg saya telah simpan dalam tupperware and letak dalam freezer....ingat pasneh nak buat pancake(bantal durian tuh) tgk la macamana kesudahannya nnt hahaha....
Lapisan Bawah :
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
Cara membuatnya :
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
Bahan :
Lapisan Atas :
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air < saya pun sama)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya :
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
3 comments:
Good morning MakQis,
Pepagi ni lapor ler....minta sikit buat sarapan.
morning along...hahaha...dh lama pn habes...nasik goreng kmpung ada la lagi kalau nk buat breakfast...hahaha..along, nnt nk try buat pancake durian resepi along tuh...
seumur hidup ni, tak pernah lagi buat kuih serimuka...adeh! kalau makan memang suke! nak main dengan pulut tu yg fail sikit
Post a Comment