Followers

11 June 2011

Donut (ii)


Pagi neh terajin la sket...pi buat kuih disamping nasi lemak...kalau weekend mesti la ada nasi lemak..masa buat donut yang 1st recipe dulu..rasanya donut suria yang famous dan sangat simple untuk dibuat....dah la tuh memang gebu dan lembut sangat2..

Kali neh buat guna resepi yang lama terperam dalam folder tuh...saved masa zaman belum start blogging lagi dulu....ambek kat Myresepi..bila check balik tadi...rupanya resepi dari Hasue.. Ok...tq Hasue...

Bahan-bahan:-
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) 



Cara-cara:-
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu kacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
          Goreng sehingga kekuningan dan toskan

No comments: