Followers

07 June 2011

Sweet Sour Scallop


Malam neh dinner, saya buat sweet sour scallop...hari tuh ada tengok kat blog ain...terus macam teringin nak buat pula...scallop neh beli last week lagi..dah terlupa sal dia pun...sebab simpan dalam fridge diceruk2 dalam..langsung tak perasan dah...tadi godek2 dalam fridge tuh baru la ternampak...naseb baek la ok lagi and still sweet walaupun dan tak fresh...

Scallop neh kalau goreng je pun mesti sedap kan...letak bawang dan cili berbanyak..nanti bebila boleh la buat goreng gitu..

Bahan-bahan:-

300gm scallop> dibersihkan 
*2tangkai cili kering
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
2sdb sos tomato
2sdb sos cili
1sdb sos tiram
1sdb sos plum
1sdb cuka
1/2 biji capsicum hijau} dipotong ikut suka
1/2 biji capsicum merah}
1/2 biji bawang besar> dipotong separuh bulat
garam
gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1. Kisar bahan bertanda*
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi
3. Masukkan semua sos dan cuka
4. Masukkan scallop dan masak sehingga mendidih
5. Masukkan garam, gula, bawang dan capsicum biar sehingga kuah agak pekat dan boleh la ditutup apinya.

3 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Mak Qis...
Tadi BW walking nmpk jgk kat dapur ain..kat sini pun ada..sedap lah scallop tuh :P

TopsyTurvyMum said...

Mak Qis,

Beli scallop biasa buat masak pasta jer..Tgk ni teruja plak nak try..

Mak Qis said...

mamahawa

haah...saya pun dapat inspirasi dr ain la tuh


TTM...sana banyak scallop kan..sini kalau terjumpa sure punya terkam..hehehe...