Followers

16 June 2011

Daging Kicap Berkerisek

 
Pepagi buta tadi dah online...bukannya apa...nak cari resepi yang belum pernah dibuat lagi...ada daging dan dah dikeluarkan dari fridge sesiap..thawed dulu sementara nak cari resepi...elok plak dyg jack menayang menu neh pula...apa lagi terus la study and saved...ada semua bahan...

Saya buat 1/2 kg sahaja...tapi tak de la saya separuhkan kesemua bahan...ada yang tertentu sahaja saya halved kan..yerla ikut citarasa dan rasa yang kita nak dan suka...lagi satu...saya tak sempat la nak perap sampai semalaman...dah dayang pun baru je letak pagi neh kan...dalam sejam gitu jer...tuh pun dah sedap..

Untuk dayang...terimakaseh banyak2...sedapppp...dah rasa dah tadi...

Resepi CnP sahaja dari blog beliau...nak tengok versi dayang boleh la ke sini

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis/masin secukupnya
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • 1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman. 
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  5. Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
  6. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani. 

3 comments:

Sizuka said...

mak qis,

I suka!! nak gi lunch rumah u la today.. i hardly masak daging sekarang sebab hubby tak makan. rinduuu..

fynn said...

shidah...mai laa....ada banyak lagi neh...

pssttt rindu nk makan daging ke rindu kat che abe...hehehe

DjDayang Jack said...

wah! mak Qis dh buat erk..laju jer kan..hehe. kte pagi td x sempat nk berceloteh sb line tenet tgh bengong...tu yg mls nk on9 dah...

apa2pun trm ksh byk2 yer krn sudi mencube resepi ni...jgn serik tau..heheh