Followers

06 June 2011

Kari Tulang dan Daging Tumis Darat


Neh pulak resepi kari daging..seperti biasa saya mesti buat tumis darat...dan letak kerisek...baru ada umphh..ingat nak buat dalca...masa merebus tulang dan daging malam tadi..baru la perasan...tak de pun kacang dal..so buat je la kari daging tumis darat letak kentang, kacang panjang dan carrot..kuahnya kasi pekat2 sikit...yerla nak cicah dengan roti canai mana best kalau cair2...

Dan settled breakfast dok fikir pula nak buat apa la untuk lunch nanti kan...hahaha..makan je kerja nya...kalau kari daging berbaki lagi..kira yang tuh je la lunch..kalau tak de...nampaknya..kena la masak juga...pastu kena fikir untuk minum petang pula..then dinner...arghhhh....

Kari Tulang dan Daging

Bahan-bahan:-
300gm daging } dipotong, cuci dan rebus sehingga empok
300gm tulang }
*1biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
*1inci halia
*3 tangkai cili kering
*4sdb rempah kari
250ml santan pekat (saya guna santan kotak)
1cwn air (atau air rebusan daging)
2 biji ubi kentang > dipotong
1 btg carrot kecil > dipotong
6 kacang panjang> dipotong 11/2 inci
2sdb kerisek
4ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
1 asam keping
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1. Masukkan daging, tulang, air rebusan daging dan santan kedalam periuk bersama bahan kisar. Rebus sehingga mendidih
2.Masukkan kentang, carrot. Masak sehingga kedua2nya empuk
3. Masukkan kacang panjang, asam keping,kerisek, garam dan gula. Biar hingga mendidih sekali lagi
4. Sementara itu, panaskan kuali dan tumis rempah2, daun kari dan bawang sehingga kekuningan. Tuangkan kesemua kedalam periuk kari, kacau dan tutup api. Tudungkan periuk supaya aroma tidak keluar.

9 comments:

TopsyTurvyMum said...

Terliur wehh..
Lama tak mengari ni hehehe
Ni ala2 macam lauk gulai kenduri kan?

zarin said...

i suka kari tulan tumis darat tp tk pernah masak hihik
slalu mak yg masakkan n i slalu suh dia masukkan paru skali dlm kari tu..sedap sgt ;-)

Mak Qis said...

TTM...haa...yerla mcm lauk kenduri tuh laa

Mak Qis said...

zarin...betolll tuh...kalau mak i buat pun mesti dia letak paru jugak...sedap sangat kan

HomeKreation said...

Salam MakQis. Nasib kita baru balik dari khenduri kawen, masak kari tulang gak... sodaaap kan kan... nak lagi lah, nak ngorat MakQis punya pulak ni...
p/s kpg Along kat Kamunting, MakQis org Taiping gak ke?

Mak Qis said...

As salam along...meh la ambek semangkok neh along...huhuhu...awat tak habaq nak mai balik tepeng kalu tak boleh kita jumpa2...makqis pn dok kamunting jugak...

HomeKreation said...

Laaa... ya kah? Awat tak boh kat profile, tu lah Along tatau pun. ok ok, nanti ujung taun ni kita gather2 noh.

Nuridah said...

Assalamualaiku Mak Qis,

sedapnya menu...cicah ngan roti lagi sedap....kita suker sekali.

TopsyTurvyMum said...

RE: Pasal pernah nampaK my biras:)
Mak Qis,
Betul ler tu tgk dia kat forum cari..hahaha
Dulu forumer tegar kat forum cari:D