Followers

03 June 2011

Sup Daging

Malam neh saya buat sup daging campur kentang campur carrot je...menu yang simple, sedap dan cepat....ehh...cepat ke...lambat laaa...nk merebus daging bagi empok tuh kan...sebelum maghrib saya dah merebus sesiap...jam 8.30 tadi dah boleh makan laaa...

Pastu sebagai iringan, wajib la buat sambal cili padi berkicap...yang neh kalau tak de memang tak boleh...hehehe..semuanya makan pedas2...yang tak boleh makan pedas tuh...just makan sup je la..

Resepi saya senang je...sila la kalau nak cuba..

Bahan-bahan:-

300gm daging> potong dan rebus empuk
*1/2biji bawang besar
*1/2 inci halia
*3 ulas bawang putih
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
1liter air untuk merebus, tambah air untuk sup
1/ 2 bawang besar > hiris
2 ulas bawang putih > hiris
1 sup bunjut
1 biji kentang dipotong
1/2 batang carrot
daun sup dan daun bawang
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara;-
1. Kisar bahan bertanda *
2. Masukkan kedalam periuk berisi daging rebus dan air. Rebus sehingga mendidih
3. Masukkan kentang, carrot, sup bunjut dan masak lagi sehingga sayur empok
4. Sementara tuh panaskan kuali dan tumis bahan2 hiris serta rempah2. Goreng hingga kekuningan
5. Tuangkan kedalam periuk sup dan perasakan dengan garam. Boleh la ditutup api.

No comments: