Followers

01 June 2011

Kari Ayam dan Nangka Berkerisek Tumis Darat

 
Dah petang rupanya yer..kejap je masa berlalu...pagi tadi dalam pukul 10.30 kat sini hujan turun..memula ingat nak lunch kat luar...dah hujan..langsung tak jadi...so keluarkan ayam dari fridge, rendam sesiap sebelum nak masak apa2..teringat masa pergi pasar borong sabtu lepas ada beli nangka muda yang sesiap pack tuh...saya beli 3 pack...so boleh la buat gulai(kari) ayam dengan nangka

Sementara thaw ayam tuh...rebus la dulu nangka bagi lembut..risau juga kot2 nangka dah tak elok kan..yerla dah berapa hari dah neh....nasib la ok lagi...kali neh buat gulai tumis darat...biasala kalau gulai nangka neh memang saya tumis darat, lagi wangi dan sedap..

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam> potong ikut suka dan cuci bersih
3 bungkus nangka muda > potong, bersihkan dan rebus sampai empuk
*2 bungkus serbuk kari
*2 biji bawang besar
* 1inci halia
*3 ulas bawang putih
* 4 tangkai cili kering> potong2 dan rendam
3sdb kerisek
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 bunga cengkih
2 buah pelaga
400ml santan
4 ulas bawang merah > hiris
3 ulas bawang putih > hiris
1 kulit kayu manis
2helai daun kari
2 asam keping
garam, gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:-
1. Kisar bahan bertanda *
2. Masukkan ayam, nangka,kerisek, santan, bahan kisar. Masak semua hingga ayam empuk dan sebati
3. Sementara tu, panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan.
4. Tuangkan semua bahan tumisan ke dalam periuk gulai..kacau, tudungkan periuk dan tutup api.

2 comments:

Ayu said...

Assalam mak qis,
lauk ni kita suka sangat..oh tumis darat lagi sedap ya dear..boleh lah cuba lain kali..

Mak Qis said...

Assalam ayu
haah..kalau tumis darat lagi umpphh...