Petang neh teringin plak nak buat apam, lagipun memang anak yang bongsu tuh dok sebuk nak makan apam…lama dah tak buat…sebelum2 neh tengok orang lain buat…tak de la rasa teringin…walaupun dah ada save beberapa jenis apam…
Apam neh jumpa kat rumah Paty…kemudian masa BW tadi ternampak plak kat blog nshafeareen. Saya ubahsuai sikit sebab saya tak ada tepung naik sendiri, so saya guna tepung gandum + sdt baking powder. Cara membuat pun saya ubahsuai sedikit. Mujur la jadi dan elok je naiknya..apam pun gebu..
Walaupun saya guna strawberry emulco, saya tak la pula guna jem strawberry sebagai inti, sebaliknya saya letak blueberry fruity. Neh lebih kurang macam blueberry filling la…Cuma dia tak ada buah blueberry. Blueberry fruity neh memang ada dijual di Bakery.
Sesiapa nak tengok original recipe sila ke Paty's Kitchen
Bahan-bahan:-
2 biji telur
1 cawan gula
1 sdt ovallete
2 sdt paste strawberry
1 cawan gula
1 sdt ovallete
2 sdt paste strawberry
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri > saya guna tpg gandum + 1sdt bp
Jem strawberry > saya guna blueberry fruity
2 cawan tepung naik sendiri > saya guna tpg gandum + 1sdt bp
Jem strawberry > saya guna blueberry fruity
pewarna merah
Cara-cara:-
-Panaskan pengukus
-Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan berwarna putih.
-Masukkan paste strawberry dan pewarna merah. Pukul sebentar
-Masukkan susu segar dan gaul dengan sebati
-Masukkan tepung dan sebatikan
-Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi hingga penuh.
- Kukus selama 10 - 15 minit.
-Masukkan susu segar dan gaul dengan sebati
-Masukkan tepung dan sebatikan
-Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi hingga penuh.
- Kukus selama 10 - 15 minit.
2 comments:
Sedappppnya Apam Strawberry...anak2 sukalah ni...
assalamualaikum - salam kenal. thanks for visiting & following my blog. have a nice day!
Post a Comment