Followers

18 April 2011

Sup Ayam Tumis Darat

Lunch hari neh kita makan sup ayam dah la...sup neh stail mak saya buat...mak orang lain pun mungkin ada buat macam neh juga...hehehe...sebab dah masak lunch pun awal..sempat la saya cicah roti dibawah tadi neh dengan sup ayam..

Biasanya saya letak kentang dan carrot...tapi kali neh saya letak cauliflower je...saya memang suka sangat cauliflower...selain daripada buat sayur..boleh je campak dalam sup gini...dah tak payah buat sayur dah...dasar pemalas kan...sup ayam neh biasanya saya kena buat sambal kicap...baru best nak makan...

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka
* 2 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
1 sup bunjut
cauliflower/bunga kubis> dipotong
3 ulas bawang merah > dihiris
2 ulas bawang putih > dihiris
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 mangkuk air (ikut suka la nak kuah byk mana)
daun sup/daun bawang dihiris
garam, serbuk perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:-
kisar semua bahan bertanda *
dalam satu periuk masukkan ayam, air, sup bunjut dan bahan kisar
masak sampai ayam empuk, masukkan garam , serbuk perasa dan cauliflower. masak 5 min dan tutup api
panaskan minyak dalam kuali. tumis bawang2 yang dihiris dan rempah 4 tuh. biar hingga bawang kekuningan.
tutup api dan tuangkan bahan tumis kedalam periuk berisi sup..tabur daun sup dan daun bawang. tutup periuk dgn tudung periuk.
Boleh la dihidangkan sup panas2

2 comments:

norlie said...

sedap masak begini tau..

Sue @ Nenie said...

Salam...Sedapnya kalau dapat hirup semangkuk sup panas