Semalam memang saya tak masak apa pun..sunyi la blog saya seketika...saya gi hantar anak balik U...jauh perjalanan memang memenatkan...bertolak jam 9 pagi...sampai dalam pukul 12tghari...selepas settle semua saya bertolak balik dan sampai jam 4 ptg...ada la berhenti kat RnR Sg Perak..lunch kat situ...memasing dah kelaparan...malam kami puasa....hahaha...tak larat wehh nak masak apa...depa pun tak merungut nak makan dah...kenyang sangat kot masa makan kat Sg Perak tuh...yerla dengan nasik, mee rebus dan laksa...mau tak kenyang...so malam tadi tido awai la...
Pagi neh lapo...hehehe...perut berbunyi sakan...ingat nak meroti la lagi..breakfast dengan roti memang best...dok berkira2 nak buat cinnamon sugar pull apart bread shidah punya resepi tuh....sekali powder cinnamon entah mana letak, tak dapat dikesan...dah la review baek punya...boleh naik hantu bila makan tuh...hahaha...KIV laa nampak nya...frust betoi...untuk mengubati hati yang lara..saya pun browsed la resepi roti..so dapat tangkap satu resepi macam best je...erkk..memang best pun >> Roti Oat Jagung Manis Hokkaido<< tuh diaaa punya panjang nama...resepi dari bread sifoo...tuh si ros yang dah tak dok di Jepun lagi...hehehe...bebaru neh dia ada bagi e-book roti kat blogger...rugi siapa tak ambek...terimakaseh yer ros...neh akak CnP resepi yer...
Bahan-bahan:-
250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
3 sudu besar gula
30gram butter
160ml susu segar suam @ air suam > saya guna 120 ml air suam sbb jagung pun ada cecair
6gram yis
40gram Oat
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk glis pada roti nanti)
1 sudu kecil bread improver > saya letak 2sdb water roux
4 sudu besar sweet cream corn
* Untuk Glis* -baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar dan sedikit sos kastard. > saya tak letak sos kastad
Cara-caranya
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, satu bahagian doh ros bahagi dua dan susun dalam acuan roti sandwish, satu lagi bahagian ros bulat-bulatkan menjadi 9 bun kecil dan susun dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda. ( bentukkan doh mengikut selera masing-masing, doh tu kalau nak buat bun kecil-kecil boleh dapat dua acuan.) Untuk roti dalam acuan sandwish tak perlu di jalurkan dengan sos kastard hanya perlu di gliss sebelum dibakar selama 28 hingga ke 30 minit.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dalam acuan petak dan jalurkan dengan sos kastard, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment