Followers

05 April 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila

Banyak betul entry saya yang masih lagi tertunggak…kena letak jugak semua nanti..pelan2…kalau malas masuk draft dulu…yang penting semua kena boh jugak dalam blog…kalau tak rugi je sakan mengambek gambo..walaupun gambar yang diambil tuh tak de la sehebat mana…guna pun camera phone je…

Saya memang malas betul nak guna camera…ntah apa sebab pun tatau…lagipun hasil dr digicam neh lebih kurang je dengan camera phone…pakai fon lagi senang nak transfer hehehe…ckp orang malas…


Roti/ bun neh saya buat pagi semalam… setelah skodeng di rumah izah…dah lama ambek resepi neh…sejak izah tayang kat blog dia la…tuan punya asal…siapa lagi kalau bukan tokey roti si ros tuh… kalau guna resepi dari ros..memang tak pernah fail la…cukup semua..

Seperti biasa roti saya mesti berinti..dan atas permintaan, letak lagi dulce de leche sebagai inti..hehehe maklum la stok masih ada tuh..tapi dah tinggal 1 ½ tin…hukksss…neh brownies love dan ayu belum buat lagi…tak pe..pelan2 kayuh..
Roti neh sangat lembut dan gebu…saya memang buat satu adunan, dapat 16 ketul…

Terimakasih kepada izah yang mencetus keinginan untuk meroti…dan juga terimakasih kepada ros untuk resepi yang sangat best neh…

Seperti biasa..saya CnP sahaja resepi
( kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwich dan 1 acuan petak 18cm> saya buat bun kecik2)

Bahan-bahannya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk glis pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan> saya pn guna jenama yang sama)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

* untuk glis dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukkan dalam acuan sandwich loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, glis permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

5 comments:

izahdaut said...

mmg lembut roti ni kan kak... saya kalau masuk sini mmg suke dan tergode ngan ceri atas tuh..huhhh.. hehe

ady said...

as-salam
gebu2 roti ni.. makan waktu petang cicah air kopi panas,mesti sedap ni..

Ayu said...

assalam mak qis,
tak boleh tengok roti lah!!..
jeles..bilalah nak dapat bm baru ni..hai..lembut namapk roti ni..

fynn said...

izah..mmg akak saja letak ceri nk goda korang...

ady..mmg sedap pun...licin sudaa

ayu...cpt cari bm...boleh meroti byk2

Unknown said...

sedapnya roti...hari tu dh masuk list dh tapi tak buat2 lagi..