Followers

30 April 2011

Soft Honey Bun

21st April
Entry neh termasuk beberapa entry selepas neh adalah entry masakan tertunda...semua nya saya dah masak between 21st April until yesterday...i was quite busy to post all that before...neh baru relax sket...

Soft honey bun neh saya letak inti sambal bilis...dirumah neh kalau bun tak berinti memang kurang jalan...unless kalau buat whole bread because they can spread anything on the slices..

Resepi dari sifu roti iaitu Puan Ros....thanx ya...bun sangat lembut and delicious...tak cukup kalau makan seketoi saja...


Bahan-bahan:-
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
150ml susu segar atau air suam
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam

Water Roux 

25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh.  Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

CARA LAIN:
1.Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12     bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss  mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai

No comments: