Followers

01 April 2011

Udang Goreng Kunyit

Udang goreng kunyit neh memang resepi simple sangat2..tak payah nak susah2 fikir nak letak apa…yang penting ada kunyit..hehe…dah nama pun udang goreng kunyit kan…

Jom check resepi…

Bahan-bahan:-
300 gm udang
½ biji bawang besar potong bulat/separa bulat
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit minyak untuk menumis
Daun sup/bawang dihiris


Cara:-
Gaul udang dengan kunyit dan garam
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan
Masukkan udang, goreng sebentar dan masukkan bawang besar
Akhir sekali masukkan cili2 yang telah dihiris. Tutup api dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang


No comments: