27th April
Selepas buat asam rebus tuh saya proceed buat muffin neh...actually i bought the cranberries a week before....hajat tuh nak buat cranberry almond bread...tapi tak terbuat pun..sebab sebuk dok menguli bread lain yang penuh dalam list tuh...
Muffin sangat sedap..maklum la pisang kan...campur plak dengan cranberries yang masam2 manis tuh...huhh...sedapp....
1 cwn pisang yang telah dilenyek
1/2 cwn gula perang
2 cwn tepung
1sdb baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cwn minyak sayur
1sdt esen vanila
1 cwn cranberries (direndam terlebih dahulu sehingga kembang)
badam atau apa2 kekacang > saya letak kuaci labu
Cara-cara:-
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat dalam satu mangkuk
Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, masukkan gula, pisang, esen vanila, cranberries dan minyak sayur
Campurkan bahan cecair kedalam bahan kering. kacau perlahan-lahan..tak perlu campur adunan beria sangat.
Sudukan kedalam mangkuk muffin dan tabur dengan kekacang yang disukai.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C
No comments:
Post a Comment