Followers

02 April 2011

Cottage Pie

Ada juga yang panggil shepherd’s pie…sama je la dari segi pembuatan..kecuali sheperd’s pie sepatutnya menggunakan mince lamb..kalau guna meat/daging dipanggil cottage pies…haaa…tak kisah la..janji tekak boleh telan…anak2 semua suka pie neh…termasuk la anak saudara nunn di Trengganu dan adik saya di Penang sana…




Hari neh buat sbb anak no 2 nak balik semula ke asrama..esok sekolah (Kedah sekolah hari Ahad)…boleh balik pun 2 minggu sekali..so layan je la permintaan nak makan apa pun (yang mana mak depa reti buat je laa)



Keluar je dari oven..huhh semua pakat laju mencedok…tak sempat tunggu sejuk sikit…kejap je tinggal separuh…Alhamdulillah…kenyang dah…

Resepi sendiri punya…

Bahan-bahan:-

400gm daging cincang
3sdb sos pasta> saya guna sos bolognaise
1 biji bawang besar didadu
1 cawan frozen mix vege
2 biji tomato didadu
1sdt oregano
1sdt rosemary
Garam
1sdb sos tiram
Serbuk lada hitam
1 ½ cwn air atau stok
Sedikit minyak
Keju cheddar dan mozarella

Bahan Kisar:-
4 tangkai cili kering
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih

Bahan Kentang Putar (mashed potatoes)
5 biji kentang> dipotong
¼ cwn butter (lembutkan)
¾ cwn susu

Cara-cara:-
1. panaskan oven 200C. sediakan mangkuk atau bekas untuk bakar pie
2. ubi kentang direbus sehingga lembut. Tapis dan lenyek. Masukkan butter dan susu. Sebatikan.
3. masukkan daging ke dalam kuali dan kacau atas api sederhana sampai daging hampir masak.
4. masukkan minyak dan tumis bawang besar. Kacau bawang bersama daging
5. masukkan bahan kisar, sos pasta, sos tiram, garam dan rempah2. Kacau sebentar
6.tuangkan air atau stok. Biarkan sehingga hampir kering baru masukkan vege dan tomato..kacau dan tutup api.
7. masukkan inti daging kedalam bekas. Ratakan. Tutup bahagian daging dengan kentang putar dan tabur cheese
8. bakar 25min atau sehingga masak (cheese jadi cair dan brownish)


No comments: