Followers

20 April 2011

Talam Ubi Kayu


Buat kuih talam neh pagi tadi..sebelum masak lunch...tapi maklum la..kuih neh kan kena tunggu sampai betul2 sejuk baru boleh dipotong...so saya pun tunggu betul2 sejuk la...sebab tuh tak sempat nak posing kat sini awal hari tadi...sebab sebaek je potong terus keluar rumah gi kerja...

Neh la first time buat talam ubi kayu...hahaha...dah tua2 gini baru ada hati nak buat...naseb baek la jadi..walaupun tak la sehebat sifu..tapi boleh la dimakan...mungkin kalau (kaaalauuu) buat kali kedua...jadi makin elok (mungggkinnn)..kuih muih tradisional neh biasanya mak  la yang buat...nak makan time balik kampung je la...atau pun beli kat kedai2...

Tapi kali neh ahkak tetap berbangga kerana berjaya juga membuat...alhamdulillah sedap pun...cuma bahagian bawah tuh tak berapa nak gelap warnanya...tuh pun saya dah derhaka bab gula merah....memang kena letak pewarna coklat seperti yang disarankan oleh tuanpunya resepi...iaitu CMG...


Resepi CnP dari blog CMG la yer...



BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir> saya 120gm
50 gram gula melaka> saya letak 100gm
Sedikit pewarna coklat (optional)
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.

UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

*saya guna acuan 9x9 sbb tuh kuih saya tak tinggi

2 comments:

Zurin said...

MMMMMMMmmmmmmm YUMMMM nak buat!:)

Anonymous said...

assalam mak qis...

saya singgah dan follow...terima kasih ye follow blog saya...

sedap nampak kuih talam ni...saya tak pernah lagi cuba buat kuih talam...