Followers

20 April 2011

Ayam Masak Madu

Resepi neh jumpa kat forum, masa dok rajin berforum zaman muda2 dulu...(ceaaa muda la sangat)...hehehe...pas dapat resepi memang bila nak makan ayam madu..neh la resepinya...tapi tak ingat la siapa tuan punya resepi..mudah je bahan2nya..

Setakat neh sedap la ayam madu neh..kot nanti jumpa memana ayam madu..boleh la try...cuba2 resepi lain...ok la..saya nak bersiap pergi kerja...

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam> dipotong, gaul garam kunyit dan digoreng
*10 tangkai cili kering> boleh kurangkan kalau tak nak pedas
*2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2sdb serbuk kari daging
1 batang serai > dititik
5sdb madu
garam
serbuk perasa (optional)
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
2 tangkai daun kari
1/2 cwn air
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis

 Cara-cara:-
kisar semua bahan bertanda * 
 tumis bunga lawang, cengkit, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari dengan sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi
masukkan bahan kisar..biar sampai garing
masukkan air kacau sebentar, masukkan madu, garam dan serbuk perasa, kacau sekejap masukkan ayam
biarkan mendidih dan kuah pekat baru la ditutup api

3 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..ayam madu ni sedapppppp....Ada lagi kerabu mangga...wahhhhh kecur liur duk tengok komp

izahdaut said...

akak..sedP nampak ayam tuu.. nak buat jugak tapi daun kari out of stok pulak dahhh

Unknown said...

sedap ni memang my fav menu ni kak...mau bertambah nasi ni...hehe