Followers

18 October 2011

Kuih Lapis Pisang

Baki pisang masih ada lagi dalam freezer...mula nak buat kek pisang...pastu teringat...ehh aku neh kan dalam mood buat kueh2 melayu/tradisional...haaa...terus tukar keinginan membuat kek kepada kuih lapis neh...ini adalah kali ke tiga saya buat..dan neh la yang rupanyer elok sket pun..yang sebelum2 neh mcm tak semenggah je hahaha...masa buat 2nd time tuh saya berada di kampung...ayah saya suka sangat..balik nanti saya nak buat lagi la untuk dia...

Lapis neh asalnya dari Hanieliza (kak liza), dalam bukunya yang berjudul Aneka Talam dan Kuih Lapis...tapi saya ambil dari blog UmmiZaihadi... terimakaseh utk kak liza dan Ummi yer...

Saya CnP dari blog Ummi...
Bahan A:-

2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)< saya pun sama 
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir > saya kurangkan kepada 3/4 cwn
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)> saya guna tepung jagung juga
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning 
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara-cara:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

2 comments:

Ayu said...

Assalam makqis,
memang rajin mak qis buat kuih2 traditional ni ya..mood tengah on ni proceed aje lah kan..heheh ..kuih lapis dan lapis pisang ni cantik aje lapisannya tu mak qis..

Mak Qis said...

w'slm Ayu...tuh la..sekrg neh dok tgh demam kekuih tradisional...pasneh nnt nk buat talam nangka ayu tuh..