Neh sebenarnya hari Jumaat punya menu...tak sempat nak update blog...hari neh baru ler ada masa...Selain dari kurma neh...ada juga acar limau, yang neh mak buat raya hari tuh...dia buat banyak2 so anak2 pakat2 bawak balik sorang satu bekas...letak dalam fridge..jimat2 je nak makan..hehehe...pastu goreng ikan pekasam...perghhh masyukkk...
Bahan-bahan:-
1/2 kg daging > potong la ikut suka
*1 bungkus rempah kurma
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* halia
*segenggam badam
2 biji bawang besar > belah 4
5 biji cili hijau
3 biji ubi kentang > potong ikut suka
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
cengkih
1 cwn santan pekat
1-2 cwn air (ikut la pekat mana yang anda suka)
minyak untuk menumis
garam
jus limau
Cara-cara:-
Kisar bahan bertanda *
Panaskan minyak dan tumis kulit layu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Masukkan bahan kisar.Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk. Masukkan kentang dan santan...biar kentang empuk baru masukkan bawang besar dan cili hijau. Biar didih sekali lagi dan tutup api..hias dengan daun sup dan daun bawang..
1 comment:
Assalam mak qis, lama tak dengar suara you!!!!!..selamat hari raya maaf zahir batin ya..maaf jika ada salah silap gurau bicara bila kita tinggalkan comments or anything lah ya....daging korma lama tak masak ..rasa macm terpingin pulak nak buat..
Post a Comment