Followers

17 October 2011

Kuih Lapis




Dalam fb saya bagitau kwn2 yang saya dalam mood membuat kuih2 tradisional..so kat sini pun nak bagitau la jugak...hehe...over je kan...yerla..sebelum2 neh saya jarang la buat sebab memanjang tak jadi..saya rasa buat kuih tradisional neh tak la susah mana...cuma perlukan lebih sikit ketelitian jer...

Kali neh saya buat kuih lapis dari Yatie sinar kehidupan..saya jumpa resepi kat rumah rumah Ika..tengok kuih lapis dia...alahaiiiii comel sangat...tuh yang teringin nak cuba buat..masa zaman rumaja dl...penah buat dgn mak...tapi guna 2 kaler je la..putih dan merah..neh yang biasa kita tengok la kan...tapi bila singgah kat rumah ika tuh dia buat 3 warna terus nak try..
Apa pun ucapan terimakaseh kat Yatie dan Ika...jasamu dikenang...hehehe...
Resepi di CnP dari Ika....

Bahan-bahan:-
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
5 cawan santan
1 sudu kecil garam
pewarna merah dan perisa rose

Cara-cara:-
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

2 comments:

ady said...

as-salam
cantik la kuih lapis..suka tengok lapis berwarna-warni..

Mak Qis said...

tq ady...saya pun suka tgk warna2 lapisan tuh