Malam neh kita makan yang neh je la yer...tengahari tadi just buat nasi goreng...meatball tuh tak kuasa nak buat sendiri...neh kalau express punya versi...beli je la meatballs tuh..saya beli brand Azmi...memang suka meatball cap neh..sedap dan tak liat..
Dalam sos tuh saya tambah cili kering..haaa...pedasss, bertambah pula anak perempuan saya tuh makan tadi...dia memang suka spaghetti masak gini...dah pedas tuh makan la plak apam polkadot tuh kan...makan je la kerja hang....
Bahan-bahan:-
Spaghetti secukupnya rebus ikut yang tertera kat bungkusan tuh...atau rebus je al-dente
Sos meatball:-
1 batang celery
1/2 batang carrot
1/2 tin cendawan butang
1/2 botol sos pasta (saya guna brand dolmio)
*5 tangkai cili kering
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
garam, dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya
grated cheese (saya guna cheedar dan mozarella)
Cara-cara:-
Kisar bahan bertanda *
Potong dadu celery, carrot dan cendawan butang
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak, kemudian masukkan sos pasta, sayur yang didadu, meatballs, air dan masak sehingga semua bahan tadi empuk atau lembut. Masukkan gula dan garam.. didihkan sekali lagi dan tutup api
Letakkan spaghetti dalam pinggan, tuang sos meatball dan grated cheese atasnya...
No comments:
Post a Comment