Followers

15 October 2011

Apam Polkadot


Hajat dihati nak buat apam yogurt...rupanya stok yogurt dah abes...so terpaksa la beralih arah ke apam polkadot neh...tengok kat list blog tadi...izah pun ada buat...neh 2nd time buat...banyak dapat untuk satu adunan..jenuh la nak perabih picit memicit adunan yang berwarna warni itu...ehh tak aper,  bagi2 la kat jiran belakang rumah...hehe...


Resepi dikutip dari Myresepi...dahulukala lagi...Tq to Shelly



Bahan-bahan:-

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara2:-

masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

2 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Maq qis plup...plup masuk mulut sebiji-sebijikan?

fynn said...

puan ros..plup plup masuk mulut x yah nk pk ada dah hehehe