Followers

23 March 2011

Sambal Tumis Sotong Petai

Tengahari neh saya agak kelam kabut sikit…(memanjangnya pun dok kelam kabut hehehe..). Macam2 yang nak dibuat, tak menang tangan la plak…untuk breakfast  tadi saya buat nasi goreng. Kemudian saya terus masak untuk lunch..buat sambal tumis sotong dengan petai dan tumis air sayur bayam sahaja..

Dan siap buat lunch, saya buat kek tapai..neh permintaan anak yang sulung…dia ada dirumah, cuti pas exam. Katanya pernah makan kek tapai dirumah kawan masa raya tahun lepas…hmm baru2 neh je dia bagitau saya…dan lagi dia kata kek tuh sedapppp sangat..haaa…panjang harakat sedap tuh..mesti la sedap kot…saya dah google resepi minggu lepas, semalam baru jumpa tapai ubi di pasar malam..so hari neh baru la berkesempatan nak buat…tapi malam nanti la saya masukkan entri kek tuh..

3 comments:

anymz said...

salam mak qis
nanti jgn lupa bagi resepi kek tapai tu ya.akak tak pernah makan lagi.
sambal sotong tu pun nampak mabeles betul.ada petai pulak lagi tuh..

HomeKreation said...

Aslmkm MakQis. Tak sabo dah nak tunggu kek tapai ubi...

fynn said...

kak anim dan along...saya dah letak resepi kek tapai yer..